Saturday, July 9, 2011

PRODUK

Apa Itu Monavie?

MonaVie merupakan sejenis Jus Minuman Kesihatan.

Mona Vie dirumuskan dalam bentuk jus dengan campuran açai untuk membantu anda mengekalkan cara hidup sihat dengan lebih aktif. Monavie merupakan gabungan buah acai berry yang hanya terdapat di hutan Amazon serta gabungan jenis buah buahan terpilih dan terbaik di dunia dalam membekalkan daya tenaga secara optima untuk badan kita. Kandungannya telah disahkan oleh pakar pakar antarabangsa yang mempunyai unsur unsur anti-pengoksidaan yang amat tinggi serta nutrient-nutrient berkhasiat yang boleh merangsang penyembuhan luar biasa serta menyediakan pertahanan badan daripada pelbagai jenis penyakit. Buah acai berry sendiri terdiri daripada kandungan kandungan protien, lemak, fiber, vitamin, mineral mineral dan garam garam unik dan berkualiti untuk pemulihan SEMULAJADI daripada pelbagai penyakit.

Ibu Pejabat serta kilang pemprosesan di Utah Amerika Syarikat, Monavie diproses mengikut sistem piawaian GMP yang mementingkan KEBERSIHAN, KETULENAN serta KEPAKARAN TEKNOLOGI. Monavie baru diperkenalkan pada 2005 di Amerika Syarikat dan telah berkembang dan mendapat pengiktirafan dengan begitu pesat di seluruh dunia.

Ramuan Monavie
Terdiri daripada gabungan buah acai berry yang hanya terdapat di hutan Amazon serta gabungan 18 buah pati buah-buahan terbaik dunia dengan kandungan khasiat vitamin, pyhtonutrients, dietry fiber, trace minerals, complex carbohidrat, amino acid, protein dan Omega 3, 6 & 9.

Monavie Essential

Campuran seimbang  19 jenis buah-buahan yang diformulasi secara saitifik membekalkan phytonutrients & antioksidan yang tinggi untuk melawan radikal bebas dan mengekalkan kesihatan keseluruhan badan.

AÇAI
ACEROLA
APPLE
ARONIA
BANANA
BILBERRY
BLACK CURRANT
BLUEBERRY
CAMU CAMU
CRANBERRY
CUPUAÇU
GRAPE
JABUTICABA
KIWI
MAQUI
PEAR
POMEGRANATE
PRUNE
WOLFBERRY 








Monavie Pulse

Campuran seimbang  19 jenis buah-buahan Campuran seimbang  19 jenis buah-buahan yang diformulasi secara saitifik membekalkan phytonutrients & antioksidan yang tinggi untuk melawan radikal bebas dan mengekalkan kesihatan keseluruhan badan, serta penekanan kepada permasalahan kesihatan jatung dan pengawalan kolestrol dengan dangan penambahan plant sterols, resveratrol dan omega 3 fatty acids.

AÇAI
ACEROLA
APPLE
ARONIA
BILBERRY
BLUEBERRY
CAMU CAMU
CHERRY
CRANBERRY
CUPUAÇU
ELDERBERRY
GRAPE
JABUTICABA
MAQUI
PINEAPPLE
POMEGRANATE
PRICKLY PEAR
STRAWBERRY
YUMBERRY

Monavie Products (ENG)




Supports your body's antioxidant and nutritional needs.

MonaVie features a delicious blend of the Brazilian açai berry—one of nature's top superfoods—and 18 other body-beneficial fruits. This Balance-Variety-Moderation approach to nutrition delivers powerful antioxidants and phytonutrients to help fight free radicals and maintain your body's overall health









Helps maintain healthy cholesterol levels.

MonaVie Pulse was created with your heart in mind. Formulated with 19 fruits, including the superfruit açai, this delicious, heart healthy blend delivers powerful antioxidants to nutritionally support your cardiovascular system. With added heart benefits derived from plant sterols* (which studies suggest play a key factor in lowering cholesterol) and resveratrol, maintaining healthy cholesterol levels has never been easier. So show your heart some love and drink MonaVie Pulse today.








Enhances your body's joint health.

MonaVie Active is an advanced blend of plant-derived glucosamine and 19 body-beneficial fruits, including the Brazilian açai berry—one of nature's top superfoods. Scientifically shown to promote healthy joint function, glucosamine targets mobility and flexibility. Get moving today with this vital formula designed to support joint performance and recovery.

(akan berada di Pasaran Malaysia pada awal 2011)



MonaVie an Extraordinary Process

Jus MonaVie dirumuskan dalam bentuk jus dengan campuran acai untuk membantu anda mengekalkan cara hidup sihat dengan lebih aktif. Monavie merupakan gabungan buah acai berry serta 18 jenis buah buahan terpilih dan terbaik di dunia dalam membekalkan daya tenaga secara optima untuk badan kita. Kandungannya mempunyai unsur anti-pengoksidaan yang amat tinggi serta nutrient berkhasiat yang boleh merangsang penyembuhan serta menyediakan pertahanan badan daripada pelbagai jenis penyakit. 

PENGIKTIRAFAN DOKTOR PAKAR ANTARABANGSA.



Dr. Nicholas Perricone, MD, FACN,  
Adalah dermatologist yang diiktiraf oleh badan klinikal dan kajian dermatologist dan CEO kepada syarikat NV Perricone MD, Ltd, syarikat pembuatan dan peruncit barangan penjagaan untuk kulit dan makanan kesihatan. Beliau dalam bukunya menggambarkan MonaVie sebagai makanan paling berkhasiat dan bertenaga di dunia. Pati buah bertenaga paling sempurna dan semulajadi.


Dr. Penny Kris-Etherton, PhD, RD, 
Bertugas di fakulti Pennsylvania State University sejak
1979, dan telah dilantik sebagai Distinguished Professor of Nutrition di Pennsylvania State
University sejak 1996. Beliau berkata,"Saya berasa bangga menjadi sebahagian daripada
MonaVie Scientific Advisory Board. Saya percaya MonaVie telah dan akan terus berusaha untuk
menetapkan sasaran dalam industri minuman kesihatan di dalam mempromosikan kesihatan dan
kesejahteraan di kalangan komuniti di seluruh dunia.

Dr. Alex Schauss, PhD, FACN, 
Telah bertugas sebagai ketua saintis di Natural and Medicinal
Products Division of AIBMR Life Sciences, Inc., in Puyallup, Washington, selama 27 tahun.
Beliau adalah Adjunct Research Professor of Botanical Medicine di National College of
Naturopathic Medicine di Portland, Oregon. Beliau berkata,"Pengalaman selama lebih 30 tahun
dalam bidang nutrisi, membuatkan saya sangat menghargai kelebihan yang nyata dari segi
nutrisi yang dijumpai dalam buah acai berri. Saya berharap untuk berkongsi maklumat yang
akan ditemui di masa hadapan melalui apa yang kita akan pelajari tentang acai berri dan
bagaimana jus MonaVie boleh memberi manfaat kepada orang ramai. 

 MONAVIE syarikat Multi-Billion paling pantas berkembang dan diiktiraf Majalah Inc 500.
Syarikat ini telah membelanjakan jutaan ringgit untuk memastikan mutu dan kualiti jus
kesihatan mereka boleh membantu ramai orang hidup sihat dan bebas daripada 

penyakit kronik.

Wednesday, June 15, 2011

Solat dan Sains

 Rahsia Solat Di Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu inilah fenomena buta ayam terjadi. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
 
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
 
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

    “Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya”





Gratisan Musik